Tuesday 22 March 2011

Perang Sana Sini

Seperti yang kita semua sedia maklum,Libya telah diserang oleh tentera bersekutu Amerika dah sekutu rapatnya.Sedang saya memandu di lebuhraya,terlihat trak tentera,siap polis tutup jalan lagi.Takkan Malaysia terlibat kot.Tak lama lepas tu,nampak trak tentera warna putih.UN.First time tngok.Bangga rasanya.Abang yang kat atas tu siap berhelmet bagai.Tiba2 hujan lebat.Terus dia duduk dalam tank tutup pintu atas.Mesti berasap panas dalam tu.Berkhidmat untuk negara.Respect! Ni ha gambar trak putih UN.Mungkin ni lah tentera pengaman.Diorang tengah training agaknya.

Trak UN



Cerita Hantu Di SAMURA 4

Walaupun agak keletihan hari ni,saya akan meneruskan usaha saya.harap kawan-kawan dapatlah donate sikit.apa salahnya kalau tngok2 iklan yang ditawarkan tu,hahaha...Dapatlah donate untuk kemajuan blog.

Kisah 4

Kisah ni antara yang paling menyeramkan sebenarnya.Kisah ni berlaku waktu junior kita dah masuk.bebudak form 4.Si form 5 ni ngada2 nak main pocong2 lah konon.siapa berbalut bagai.Nak diceritakan,budak2 memang dah plan baik punya.Siap barang2.Telekung bagai.Mekap pun ada.So tiba masanya,semua port kat stor solek2,siap pakai ada 3 pocong.Semua dorm pergi serbu.ada yang menjerit.menangis.mengaji.macam2.Junior memang terkena.tak kurang juga senior.Si Girem yang gila tu plak pegi pakai topeng hantu terkejut kan orang.Sampai kat bestari 1 beliau dengan gahnya cuba menakutkan saya,lalu saya pun berkata "ada jugak hantu yang kene penumbuk kat muka ni karang".Dengan serta merta girem membuka topeng.Giveup kata beliau.hahaha...

Perjalanan masih jauh,malam masih muda,setiap dorm 3 pocong ni pergi.Sampai lah ke dorm pujangga 3.Saya memantau dari jauh.1 pocong masuk.2 pocong dan 3 pocong.Menjerit2 bebudak dalam tu.Memang terbahak2 lah kitorang.dah tu bile keluar,bermulalah benda yang pelik tapi benar.1,2,3,tak lama lepas tu 4!macam mana masuk 3 keluar 4.Meremang bulu bila kira ada 4 pocong.Terus inform kawan2.Berita tersebar dengan pantas.Malam tu tanpa membuang masa,ada yang mengaji,ada yang tido ramai2,semua takut.Time pekena oranag suka,bila terkena semua gigil.Lainkali jangan takutkan orang kalau diri sendiri takut...

Monday 21 March 2011

Laksamana Do Re Mi di TV2


Memang peberet habes lah cerita P Ramlee.Kipas Susah Mati ni.Antara cerita paling best adalah Laxmana Do Re Mi.Ejaannya memang macam tu lah.bukan salah eja.Kat TV2 tengah tayang.memang takkan ku lepaskan saat beharga ini.Korang cuba lah tngok klip kat atasa ni.Start minit ke7 sampai habes.Terbaik.Teringat plak kat Sir See Ju Kau,dia panggil saya mushibat time skolah dulu.hahaha...

credit to Jejakasunyi30 - thanks for uploading the video

Cerita Hantu Di SAMURA 3

Memang tak habes-habes cerita hantu ni.Kawan-kawan suka sangat.Tak paham lah saya.Hahaha...Kalau ada junior Samaura yang baca,sorry to say lah,korang akan berdepan dengan mimpi ngeri kat SAMURA!

Kisah 3

Ada satu malam jumaat ni,saya berniat nak basuh baju.So tunggu apa lagi,memang basuh la kan.Dah kata esok jumaat.nak balik Shah Alam.Standard time pagi2 buta memang takda sapa lah nak basuh baju.So saya pun turun lah basuh baju.Ada mesin kosong.Memang terbaik lah.Tunggu lah 1/2 jam lebey kurang,pastu terus spin then sidai kat blakang bilik basuh.Kat sini cepat kering,sebab takda bumbung.Tengah sidai tiba-tiba nampak kelibat orang dalam bilik basuh.Tegur la mamat tu. "oi! basuh baju jugak ke?" dia boleh buat tak tahu je.Mungkin dia takut kot.Tegur dari tempat gelap kot.

Tiba-tiba saya teringat yang dalam mesin tu ada baju yang tertinggal.Saya pun menjerit beritahu kat mamat yang tak dikenali ni supaya jangan la masuk air lagi,ada baju saya yang masih tertinggal.Terus berlari menuju ke bilik basuh tu,bukan lama pun,2-3 saat je.Sampai je kat bilik basuh,mamat ni hilang!

Berderau+terkejut beruk la kita.takkan la cepat sangat dia boleh ilang.Takda nampak sapa keluar pun time tu.tambahan plak,memang takda bakul yang mamat tu bawak,padahal saya nampak tadi ada kat atas mesin dia letak.Time tu memang Allah saja yang tahu perasaannya.

Tanpa berfikir panjang,saya pun terus mengambil baju dalam mesin tu,berlari pegi blakang balik sidai baju. bukan nak lari naik dorm Baik sidai baju ni semua baru lari naik atas.Tengah duk baek punya sidai,dengar plak suara perempuan menyanyi.Dugaan lagi sekali.Suara macam Siti Nurhaliza.Sedap,takkan ada orang bukak radio kuat-kuat plak kat hutan ni.Memang tak lah.Saya pun memberanikan diri sidai je terus baju tu. Tiba-tiba,nampak perempuan terbang kat langit,macam nak pengsan do!Terus mengucap berlari tinggal baju yang tak abes sidai,masuk dorm kejut kawan2 ajak tido rapat2.Memang takut time tu.3 in 1.gila tak berderau.

Esoknya,baru sambung sidai baju.memang tak berani dah lepas tu sidai baju sorang2.memang ajak kawan.takda nya saya nak basuh baju pastu cari nahas pegi sidai kat blakang tu.memang dugaan duk asrama ni.

Cerita Hantu Di SAMURA 2

Lepas2 solat ni takda apa nak buat,apa salahnya kalau kongsi cerita hantu lagi. Kawan2 Samura ramai yang nak tau cerita. So bermulalah cerita di awal 2005.

Kisah 2

Kisah ni bermula pada satu malam tu,waktu ni junior takda lagi.Kami dah form 5 time tu.So kitorang lah senior,kitorang lah junior.Terseksa nak nyambut junior.kemas lah,ajk lah,macam2 lagi.Nak dijadikan cerita,satu malam ni,tengah saya melayari bahtera mimpi,bleh plak rasa katil gegar2. rupa rupanya baken/bakeng (macam2 nama) tengah menggigil-gigil.Matanya merah menyala.Saya pun apa lagi,kejut kawan2 sebelah,suh bangun baca Yaasin.Diorang plak bleh plak takut,siap selubung selimut.tinggal saya sorang yang mengaji.

Hantu asrama ni memang ganas.lagi dibaca,lagi dia suka mengacau.Si baken ni dah macam pa dah tngok,macam nak terkam orang pun ada.Takut. Saya teruskan membaca sampai habis. Bila dah habes,saya simbah air yang dah dibacakan tu (sebab takut sangat) habes lencun si baken dan akhirnya dia sedar.Syukur.

Tngok jam pukul 3 lebih pagi rasanya.terus bukak lampu. Baken kata dia lemah,sakit-sakit badan. Dia pikir dia,yang kita ni takut ke langit tak ingat.Bila tengok baken dah ok,saya pun cuba lah untuk tido.tutup lampu balik.Selang berapa lama lepas tutup lampu,kejadian lebih ganas berlaku.Bestari 1 dalam bahaya.

Tengah baru nak tido,tiba-tiba dengar bunyi katil kena cakar dari bawah.Bunyi memang seram.Dahla sebelah saya katil kosong.lagi la bertambah takut.Baca lah segala apa yang patut.Hilang sekejap gangguan.Lega.Tak lama lepas tu,selimut kena tarik.sampai ke hujung kaki.Nampak la kelibat makhluk mengesot.Meamng tak leh blah time tu.menggigil-gigil.Terus lari gi toilet ambil wuduk.Masuk bilik ngaji lagi.Akhirnya tertidur jugak akhirnya.Esok pagi cerita kat kawan2.semua takut.Malam tu kami tidor lah kat lantai ramai2.Sebab takut hantu,kami se dorm berkawan baik.

Dunia bundle/secondhand clothing

Takkan asek nak cerita hantu je. Nanti-nanti lah pulak. Azam cuti sebulan ni nak kurus. boleh percaya ke?
cukup ke sebulan nak diet? berat skarang pun dah menjangkau 90kg,kategori heavyweight dah ni.
Obesiti. Takut. Cuti ni pegi nyelam lah,baru best. Bukan kat Pulau Sipadan,kat daratan je pon. Pengalaman menyelam bundle ni memang menarik. Ada sekali tu,beli baju RM5 je. Balik check kat Ebay USD 89! Memang terbaik la. Skang nak cari port nak menyelam. Barang dah makin mahal,kadang-kadang barang nak reput pun nak jual mahal2,macam mana nak maju.

Orang nak beli murah,berkualiti baru lah Syiok! kalau nak mahal, baik gi beli kat butik je. Barang-barang bundle atau 2nd hand ni memang best. Antara sebabnya adalah kualiti. Barang bundle ni biasanya barang yang dah diapaki (secondhand) tapi masih boleh digunakan.Barang kalau tahan lama,maksudnya berkualiti lah kan?Best oo barang lama.Tanpa yang lama,mana ada yang baru. Saya memang minat teruk kat barang-barang vintage ni. Lepas ni ingat nak post kedai-kedai bundle yang best-best kat area Selangor/KL ni.Senang kawan-kawan nak gi nyelam.hahaha...

Antara kasut kegemaran saya adalah ni ha, Adidas Rekord Vibram. Sekitar tahun 60-an. Made in Yugoslavia. Saiz 11. Kaki Gajah. Memang terbaik. Dapat dari collector German. Harga XXX. Nak pakai pun takut,tak pakai pun takut gak,takut reput.



Warna kasut tu yang menarik. Siap ada lidah (orang Malaysia panggil) atau shoe horn (Omputih panggil). Tapak kasut Vibram,memang best.Terbaik lah kasut ni.Banyak offer dapat,tapi sayang,takmau juai. Offer terbaik baru saya consider.hahaha...


Sunday 20 March 2011

Cerita Hantu Di SAMURA

Salam 1 Malaysia,
Memandangkan kisah-kisah hantu semakin meletup skang ni, apa kata kalau saya pun kongsi cerita hantu jugak kan. Tapi ni bukan lah rekaan atau tokok tambah, memang cerita yang berlaku. sama ada nak terima atau tak,sukahati sapa yang baca. saya just nak menyuarakan je. namapun kongsi cerita.

Kisah 1
Ada pada satu malam ni,waktu tu saya ni junior lagi. Form 4,Bestari 1,bilik depan skali,hujung.Kalau nak ke toilet tu memang bapak jauh,nak kena melinta 3 dorm lagi. nak dijadikan cerita,satu hari tu saya terasa lapar. Tak tau la time tu pukul berapa kan. So langkah pertama bukak locker,ambik maggi ruski tomyam,then ambik tapaware (hahaha),lalu meneruskan perjalanan di malam yang indah menuju ke tempat air panas kat bawah.berhampiran pintu tepi nak ke aspura. dah kata mamai,memang tak tngok kiri kanan pun, capai maggi terus gerak. lapar teruk time ni.

Terus la berjalan,bukak pintu,tngok jam time tu dah pukul 3 pagi kalau tak silap,memang tngok kat bilik study pun takda orang.gelap je.waktu dah turun tangga tu nak sedapkan hati "ish,ni takda hantu ni,diorang pun nak rehat,dari pukul 12 kot,mesti penat." Jalan punya jalan sampai kat tempat air,tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki berjalan. Berderau darah sampai ke kepala otak,menggigil tuang air panas,smapai terkena tangan pun tak perasan.baca macam2,tiba-tiba nampak lah kelibat seorang lelaki tunduk ke bawah,sambil membawa buku.Rupa-rupanya senior,nama dia Cendol.

Hilang sket cuak,lalu saya pun bertanya, "tak tido lagi ke bang? " dia tak jawab lalu terus je berjalan.Pelik gak,slalu dia bertegur. Btw,brader ni satu dorm ngan saya.katil sebelah je.Suka sangat ngan skateboard.hahaha...malas nak pikir bukan-bukan,naik atas bawak maggi yang sdap sambil menyanyi,tup-tup sampai atas memang besepai maggi kat lantai. Tngok Cendol ada kat katil dia.mau tak cuak.tadi kat bawah,skang kat atas.tanpa berfikir panjang aku pun terus tarik selimut,bcaa apa yang patut,tido.memang takut gila kot time tu. saya kejut la si Cendol tanya bila dia naik,dia kata bile masa plak dia turun.Mau tak berderau. saya pun tak pikir panjang akhirnya tertidor juga.

Pagi nya bila bangun,terus kemas2 maggi yang bersepai tu then cerita kat kawan2.rupa-rupanya malam tu,ramai yang kena kacau.Bukan saya sorang je. Memang tak bleh blah rasanya. Takut yang amat. Sejak daripada tu,memang tak pernah dah masak maggi sendiri,kalau lapar pun ajak kawan-kawan.

Macam cerita melayu,tapi ini cerita betul.Pengajarannya,jangan kedekut maggi! Ajak kawan2 skali...