Sunday, 20 March 2011

Kelahiran Si Penukul





Salam 1 Malaysia,
Assalamualaikum kepada semua yang beragama Islam dan Salam Sejahtera kepada kawan-kawan yang bukan beragama Islam. 21/3/2011 merupakan tarikh blog ni dicipta. Tujuan saya menulis blog ni sebenarnya adalah atas saranan kawan-kawan yang suka sangat mendengar saya bercerita. Apa salahnya kalau saya buat satu blog dan korang bacalah puas-puas. Satu Malaysia boleh tau cerita kan? hahaha...

Kenapa Si Penukul? saya ni minat West Ham United FC. Peminat mereka di gelar Hammers. So,saya translate je lah kepada Si Penukul. Takyah buang masa pikir nama blog, ini tak, nama nak gempak je, dalam blog duk asek copy cerita orang je. hahaha...

Tujuan saya buat blog ni sebenarnya untuk mengisi masa lapang. Memandangkan saya ni suka bercerita, saya tukar modus operandi kepada suka menulis pulak skarang ni. Bosan-bosan boleh update. Yang penting asli. Buat apa nak tiru post orang kan? hahaha...

Perancangan nak tulis blog ni dalam multi-language : Malay + English . Tapi tengok lah macam mana,rasanya lagi senang kalau tulis dalam Bahasa Melayu. Kata lidah ibu kan,mesti lah lagi senang.Harapan saya adalah ingin berkongsi cerita dengan kawan-kawan di alam maya ni. Nak jumpa dengar cerita face2face memang tak lah kan,hahaha..

Sebelum daku meneruskan coretan ku ini,perlu di ingat bahawa,segala coretanku adalah pandangan ku semata-mata. Tidak berniat mahu menyakitkan hati sesiapa sama ada yang hidup atau pun yang telah pergi.
 Last but not least,Kenang daku dalam doamu.....

No comments:

Post a Comment