Monday, 21 March 2011

Cerita Hantu Di SAMURA 3

Memang tak habes-habes cerita hantu ni.Kawan-kawan suka sangat.Tak paham lah saya.Hahaha...Kalau ada junior Samaura yang baca,sorry to say lah,korang akan berdepan dengan mimpi ngeri kat SAMURA!

Kisah 3

Ada satu malam jumaat ni,saya berniat nak basuh baju.So tunggu apa lagi,memang basuh la kan.Dah kata esok jumaat.nak balik Shah Alam.Standard time pagi2 buta memang takda sapa lah nak basuh baju.So saya pun turun lah basuh baju.Ada mesin kosong.Memang terbaik lah.Tunggu lah 1/2 jam lebey kurang,pastu terus spin then sidai kat blakang bilik basuh.Kat sini cepat kering,sebab takda bumbung.Tengah sidai tiba-tiba nampak kelibat orang dalam bilik basuh.Tegur la mamat tu. "oi! basuh baju jugak ke?" dia boleh buat tak tahu je.Mungkin dia takut kot.Tegur dari tempat gelap kot.

Tiba-tiba saya teringat yang dalam mesin tu ada baju yang tertinggal.Saya pun menjerit beritahu kat mamat yang tak dikenali ni supaya jangan la masuk air lagi,ada baju saya yang masih tertinggal.Terus berlari menuju ke bilik basuh tu,bukan lama pun,2-3 saat je.Sampai je kat bilik basuh,mamat ni hilang!

Berderau+terkejut beruk la kita.takkan la cepat sangat dia boleh ilang.Takda nampak sapa keluar pun time tu.tambahan plak,memang takda bakul yang mamat tu bawak,padahal saya nampak tadi ada kat atas mesin dia letak.Time tu memang Allah saja yang tahu perasaannya.

Tanpa berfikir panjang,saya pun terus mengambil baju dalam mesin tu,berlari pegi blakang balik sidai baju. bukan nak lari naik dorm Baik sidai baju ni semua baru lari naik atas.Tengah duk baek punya sidai,dengar plak suara perempuan menyanyi.Dugaan lagi sekali.Suara macam Siti Nurhaliza.Sedap,takkan ada orang bukak radio kuat-kuat plak kat hutan ni.Memang tak lah.Saya pun memberanikan diri sidai je terus baju tu. Tiba-tiba,nampak perempuan terbang kat langit,macam nak pengsan do!Terus mengucap berlari tinggal baju yang tak abes sidai,masuk dorm kejut kawan2 ajak tido rapat2.Memang takut time tu.3 in 1.gila tak berderau.

Esoknya,baru sambung sidai baju.memang tak berani dah lepas tu sidai baju sorang2.memang ajak kawan.takda nya saya nak basuh baju pastu cari nahas pegi sidai kat blakang tu.memang dugaan duk asrama ni.

2 comments:

  1. bongok la batam. haha.
    aku takut plak tiba2. tapi nak gak baca.
    nice2. takut tu takut. tapi tergelak membayang kau.

    ReplyDelete
  2. berani gile..klu aku,dh lama lari naik dorm. smbung sidai esok je.

    ReplyDelete